tag:blogger.com,1999:blog-51683317520770793072024-03-13T15:53:57.916-07:00Kisah Akhir ZamanOrang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodohAdminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.comBlogger232125tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-76976155468400140812011-09-22T03:04:00.000-07:002011-09-22T03:04:50.876-07:00Kisah Yakjuj dan Makjuj
Ya'juj dan Ma'juj atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam, al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat.

Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu hingga kering.

Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah

Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan dajal

Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk. Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelosok dunia hari ini, masih ada kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.

Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kemujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti. Bagaimanapun, kemujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu harti nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia.

Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa apa. Tiada lagi kajian mengenai sejarah mewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana waktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kemujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia. Bagaimanapun, kemujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimana manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke 90 dari surah al-Khafi yang menyebutkan Zulkarnain sampai ‘ditempat terbit matahari’ iaitu timur dunia”

Dr. Fauzi Deraman

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

“Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke 92 hingga 98 manakala kebangkitan dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke96 dan 97,” katanya.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:

“Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.“Mereka berkata:‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (Manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti ) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) akan aku tunangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar.’”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula Allah berfirman:

“ Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba tiba terbelahlah mata orang kafir.(Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr. Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

“Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia tengah. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembuk dibina Zulkarnain itu.

Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampir hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada siapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj, baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu daripada bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firmanNya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Dari Nabi saw., beliau bersabda: Hari ini dinding Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Wuhaib (perawi hadis) melingkarkan jarinya membentuk angka sembilan puluh (menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari).

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-47719228958912131242011-09-18T20:24:00.000-07:002011-09-18T20:24:47.178-07:00Jangan Hina Al-Qur'an
Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.

Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.

Pengurus Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.

“Al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jadi dalam apa juga bentuk ia mesti dihormati dan dimuliakan kerana darjatnya yang tinggi.

“Misalnya dalam CD agama yang mengandungi bacaan al-Quran, sewajarnya ia dihormati sama seperti kitab, namun ramai di kalangan kita tidak mengambil berat soal ini sehingga dibuang atau diletakkan di tempat tidak sepatutnya. Kalau kad kahwin seeloknya ditulis terjemahan al-Quran bagi mengelak ia dibuang di merata tempat selepas habis kenduri,” katanya yang ditemui di Batu 9, Cheras, di sini, baru-baru ini.

Rahmat berkata, sejak mengusahakan tempat pelupusan al-Quran bersama ahli keluarga, dia bukan saja menerima kitab al-Quran sama ada uzur atau tersalah cetak, malah barang lain seperti ukiran kayu dan kulit kambing, kepingan kaca hiasan, kitab pengajian agama, buku teks, kad kahwin, kain, kaset, pita video dan CD mengandungi ayat al-Quran.

“Kesedaran perlu wujud di kalangan umat Islam mengenai perkara ini supaya kesucian ayat al-Quran terpelihara kerana dalam apa juga bentuk, maknanya tetap sama,” katanya.

Di sebalik tanggungjawab fardu kifayah yang dilaksanakannya itu, Rahmat kesal kerana ada pihak memandang hina tugas dilaksanakannya, malah disebabkan marah, kitab al-Quran turut mendapat penghinaan.

“Saya buka tempat ini tanpa mendapat pembiayaan mana-mana pihak, jadi apabila ada orang mahu menghantar al-Quran, saya meminta sumbangan untuk menggaji pekerja, membayar bil elektrik serta kos operasi lain, namun ada di kalangan mereka menganggap ia umpama menjual surat khabar lama di tempat kitar semula dan mengharap wang daripada saya.

“Menguruskan pelupusan kitab suci memerlukan tertib tertentu dan saya memerlukan sumbangan kewangan, tetapi disebabkan tidak mahu membayar ada yang memberi ‘kata dua’ supaya saya menerima al-Quran dibawa atau ia akan dicampak ke tengah jalan. “Ada juga yang meninggalkan kotak mengandungi kitab suci ini di depan pejabat tanpa pesanan atau akad semata-mata tidak mahu membayar kos operasi pelupusan,” katanya.

Menurutnya, tujuan dia membuka pusat pelupusan itu bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya rasa tanggungjawab selepas mendapati al-Quran dibuang sesuka hati di tempat kitar semula selain tidak mendapat penghormatan sewajarnya.

“Apabila ada orang yang menghantar kitab lama dan membuat sumbangan, kami akan memberi al-Quran baru sebagai menghargai mereka, namun masih ramai yang tidak faham usaha kami sehingga membuat tuduhan dan menghina kami,” katanya.

Rahmat berharap jabatan agama Islam serta agensi berkaitan bekerjasama dengan pihaknya bagi memudahkan fardu kifayah itu dilaksanakan.

“Kerja ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dan kami amat mengharapkan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-77375104537598027862011-09-14T22:12:00.000-07:002011-09-14T22:14:18.357-07:00Bahaya Ego dan Sombong
Kita selalu dengar hadis tentang sombong dan ego ini,

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”.

Berkata seorang lelaki: ‘Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia”.

Pengertian Sombong

Sombong adalah memandang dirinya lebih tinggi dari kebenaran dan sesama manusia. Maka dari itu, seseorang yang sombong senantiasa melihat dirinya diatas orang lain dalam sifat-sifat kesempurnaan.

Seseorang ketika memandang dirinya lebih hebat daripada yang lain, dia akan meremehkan orang yang dibawahnya dan mengolok-oloknya. Dia akan menganggap kebenaran sebagai ancaman bagi kedudukannya dan menurunkan derajatnya dan menganggap orang lain seperti binatang melata yang bodoh dan hina.

Rasulullah S.A.W menjelaskan makna sombong sebagaimana sabdanya:

"Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim II/89 dalam syarah Shahih Muslim,Imam Nawawi).

Dengan definasi tersebut maka sombong berbeda dengan ujub. Ujub tidak melibatkan orang lain, hanya terjadi pada diri orang yang melakukannya. Bahkan, seandainya ditakdirkan bahwa manusia diciptakan sendirian, ia akan merasa ujub terhadap dirinya, dia tidak akan sombong, kecuali apabila ada orang lain. Ia dikatakan sombong ketika menganggap dirinya berada diatas orang lain.

Sebab-sebab sombong;

1. Al-'Ujub (Perasaan Kagum Terhadap Dirinya Sendiri).

2. Meremahkan Orang Lain.

3. Menyukai Pangkat dan Kedudukan yang Tinggi.

4. Mengikuti Hawa Nafsu.

Bahaya Sombong;

1. Kedurhakaan Pertama Kali kepada Allah.

2. Sombong Adalah Teman Sejati Iblis dan Faktor Penyebab Terjadinya Kesyirikan.

3. Neraka Adalah Tempat Tinggal bagi Orang-Orang yang Sombong.

4. Sombong Adalah Penghalang untuk Memperolehi Syurga.

5. Allah Tidak Menyukai Orang-Orang yang Sombong.

6. Sombong Menjadi Faktor Penyebab Kejelekan bagi Akhir Hayat seorang Hamba.

7. Sombong Adalah Faktor Penyebab Penentangan Terhadap Ayat-Ayat Allah.

8. Sombong Adalah Sebesar-besar Dosa.

Hal-Hal Yang Memotivasi Untuk Berlepas Diri Dari Kesombongan;

1. Mengenal Allah dengan Sebenar-benarnya.

2. Berlindung kepada Allah dari Kesombongan dan dari Orang-Orang yang Sombong.

3. Mengikuti Keteladanan Orang-Orang yang Tawadhu'.

4. Mengetahui Hakikat Orang-Orang yang Menyombongkan Diri dengan Nasabnya.

5. Melihat Kedalam Diri dan Menilai terhadap Orang yang Tertipu oleh Kecantikan Fisiknya.

6. Mengetahui Kembali Lemahnya Orang yang Meyombongkan Diri Kekuatan yang Dimilikinya.

7. Mengetahui hakikat Orang yang Meyombongkan Diri dengan Kekayaannya.

8. Mengetahui Hujjah Allah Menuntut Orang yang Menyombongkan Diri Kerana Ilmunya.

Dampak Negatif Kesombongan;

1. Menimbulkan Kebencian dan Kedengkian.

2. Melahirkan Perbuatan Aniaya.

3. Merencanakan Makar yang Jahat.

Dengan demikian, kesombongan adalah mata rantai kebinasaan yang dapat menghancurkan satu sama lain. Sampai-sampai, ada pepatah yang mengatakan ' Ujub itu dapat menghancurkan kebaikan.'

Seharusnya kita menghiasi diri dengan sifat tawadhu'. Sebab kalau tidak, dikhuatiri kita akan terjerumus ke dalam sifat takabur atau sombong yang mengakibatkan kita terancam, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W ;

"Tidak masuk Syurga orang yang didalam hatinya ada kesombongan seberat biji atom." (HR>Muslim).

Wallahu A'lam.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-48362385494027541312011-09-14T21:59:00.000-07:002011-09-14T21:59:32.568-07:00Ilmu Menumbuhkan Sifat Tawadhu’
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,

“Salah satu tanda kebahagiaan dan kesuksesan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu’ dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemauannya untuk membantu sesama. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan posisinya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai kebutuhan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.”

Beliau melanjutkan,

“Dan tanda kebinasaan yaitu tatkala semakin bertambah ilmunya maka bertambahlah kesombongan dan kecongkakannya. Dan setiap kali bertambah amalnya maka bertambahlah keangkuhannya, dia semakin meremehkan manusia dan terlalu bersangka baik kepada dirinya sendiri. Semakin bertambah umurnya maka bertambahlah ketamakannya. Setiap kali bertambah banyak hartanya maka dia semakin pelit dan tidak mau membantu sesama. Dan setiap kali meningkat kedudukan dan derajatnya maka bertambahlah kesombongan dan kecongkakan dirinya. Ini semua adalah ujian dan cobaan dari Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya. Sehingga akan berbahagialah sebagian kelompok, dan sebagian kelompok yang lain akan binasa. Begitu pula halnya dengan kemuliaan-kemuliaan yang ada seperti kekuasaan, pemerintahan, dan harta benda. Allah ta’ala menceritakan ucapan Sulaiman tatkala melihat singgasana Ratu Balqis sudah berada di sisinya (yang artinya), “Ini adalah karunia dari Rabb-ku untuk menguji diriku. Apakah aku bisa bersyukur ataukah justru kufur.” (QS. An Naml : 40).”

Kembali beliau memaparkan,

“Maka pada hakekatnya berbagai kenikmatan itu adalah cobaan dan ujian dari Allah yang dengan hal itu akan tampak bukti syukur orang yang pandai berterima kasih dengan bukti kekufuran dari orang yang suka mengingkari nikmat. Sebagaimana halnya berbagai bentuk musibah juga menjadi cobaan yang ditimpakan dari-Nya Yang Maha Suci. Itu artinya Allah menguji dengan berbagai bentuk kenikmatan, sebagaimana Allah juga menguji manusia dengan berbagai musibah yang menimpanya. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Adapun manusia, apabila Rabbnya mengujinya dengan memuliakan kedudukannya dan mencurahkan nikmat (dunia) kepadanya maka dia pun mengatakan, ‘Rabbku telah memuliakan diriku.’ Dan apabila Rabbnya mengujinya dengan menyempitkan rezkinya ia pun berkata, ‘Rabbku telah menghinakan aku.’ Sekali-kali bukanlah demikian…” (QS. Al Fajr : 15-17). Artinya tidaklah setiap orang yang Aku lapangkan (rezkinya) dan Aku muliakan kedudukan (dunia)-nya serta Kucurahkan nikmat (duniawi) kepadanya adalah pasti orang yang Aku muliakan di sisi-Ku. Dan tidaklah setiap orang yang Aku sempitkan rezkinya dan Aku timpakan musibah kepadanya itu berarti Aku menghinakan dirinya.” (Al Fawa’id, hal. 149).

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-36900394774490976112011-09-14T21:45:00.000-07:002011-09-14T21:57:45.001-07:00Kewajipan Beramal Adalah Berilmu
Orang jahil berlagak pandai suka mendustakan kebenaran

IMAM al-Bukhari menyebut, kewajipan seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ilmu adalah elemen pembangunan yang penting dalam menjamin kelangsungan hidupnya hati kita. Kata Saidina Ali Bin Abi Talib: “Hidupnya hati adalah berkat bertambahnya ilmu sedangkan matinya hati akibat ketiadaan ilmu. Sihatnya hati berkat keyakinan sedangkan sakitnya hati akibat keraguan.”

Bagaimanapun akhir-akhir ini golongan yang tidak berilmu cenderung berlagak seperti mereka berilmu tinggi. Natijahnya membawa kepada porak peranda kehidupan manusia dan kemusnahan binaan ilmu yang sebenar.

Secara bandingannya, seseorang doktor tidak dibenarkan memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Jika ahli akademik berlagak doktor dengan memberi ubat kepada pesakitnya tentulah memudaratkan pesakitnya.

Seseorang itu tidak diluluskan kemampuannya membina bangunan tinggi melainkan setelah dia memiliki kelulusan dalam bidang binaan melalui ilmu seni bina yang dikuasainya. Jika dilakukan juga tanpa memiliki ilmu, pasti boleh menyebabkan berlaku keruntuhan bangunan walaupun dia mungkin mempunyai bakat dan gaya menjadi jurubina.

Elemen kemusnahan dan kerosakan terjadi apabila yang tidak berilmu dalam aspek pengurusan bercakap soal urusan umat, jahil berlagak seperti orang alim, menghafal sepatah dua ayat berlagak hafiz, bukan ulama mengaku dirinya ulama kononnya untuk dihormati dan dikagumi.

Maka ketika itu bersedialah kita menerima akibatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Apa yang mendukacitakan, akhir-akhir ini lahir golongan disebut Rasulullah SAW sebagai Ruwaibidhah, golongan sebenarnya tidak berilmu tetapi dilihat berilmu, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi masalahnya ilmu tidak cukup untuk bercakap atau memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka.

Al-Imam al-Sayuti menjelaskan, Al-Ruwaibidhah adalah orang lemah yang cuba mencampuri perkara besar dan berusaha untuk memperolehnya.

Ingatlah bahawa bercakap tanpa berfikir adalah petanda betapa rendahnya ilmu dan rosaknya akhlak. Ilmu yang lahir dari tapisan mulut golongan berilmu menyumbang banyak faedah kepada ummah.

Kata hikmat orang Arab, orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu. Di sesetengah tempat kita dapat melihat seorang yang cekap berkomunikasi dan pandai berceramah terus diberi peluang berucap serta membuat pelbagai kupasan berkaitan isu agama.

Keupayaannya berbicara seolah-olah dia menguasai kesemua disiplin ilmu dalam Islam. Apatah lagi ceramah boleh mendatang pendapatan lumayan maka ramai berusaha menjadi penceramah dengan menghafal ayat atau hadis lalu mentafsirkannya menurut digemarinya, bersesuaian keinginan semasa.

Golongan berilmu sebenarnya memperoleh kedudukan dan martabat tinggi dalam kalangan penghuni langit dan bumi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang berilmu akan diminta keampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada dalam air. Keutamaan orang berilmu dibandingkan dengan ahli ibadah bagaikan bulan purnama atas seluruh bintang.” (Hadis riwayat Abu Dawud, Ar-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sumber: Berita Harian

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-83182067584124451102011-09-11T06:56:00.001-07:002011-09-11T06:56:46.787-07:00Kris Dayanti Diva Perosak Moral
BERAPA tahun lalu Kris Dayanti (KD) menulis sebuah buku biografinya. Buku itu bukan saja menceritakan perihal dunia nyanyian malah hal-hal yang sangat peribadi. KD mendedahkan hal-hal dalam kelambu bersama Anang ketika itu menjadi suaminya. Pendek kata, itu bukan buku biografi tapi buku seks KD.

Walaupun KD mendedahkan moralnya yang buruk dalam buku itu tapi dia terus dipuja. Peminat termasuk di negara ini tidak rasa jijik menyanjung makhluk perosak seperti ini. Ini memberi peluang KD mengaut kekayaan hasil menjual virus sosial. Banyak artis kita bermimpi mahu menjadi KD. Maka apabila KD berperangai buruk, apa salahnya kalau mereka juga berbuat begitu.

Maka apabila kita terbaca KD mengandung anak luar nikah dengan Raul, saya tak terkejut. Tapi bimbang ini menjadi ikutan kepada artis kita dan juga peminat. KD berbangga mengandung anak luar nikah. Pandai pula kata anak dalam kandungan itu tak bersalah. Lalu semua orang (kecuali saya) menerima gaya hidup yang dibawa KD. Dia sedikit pun tak rasa bersalah malah memperagakan anaknya kepada media.

Artis seperti KD yang berada dalam lingkungan agama, budaya dan sosial yang sama dengan kita. Dia bukan Elizabeth Taylor yang terpisah lingkaran agama, budaya dan sosial dengan kita. Kerana itu pelanggaran moral yang dilakukan amat menyinggung kita. Lalu sewajarnya KD dihukum. Dia dikenakan hukuman sosial, salah satunya dengan memulaukan semua yang berkaitan dengan penyanyi ini. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. KD terus dipuja. Lalu, apa yang nak dihairankan anak luar nikah bertambah dengan mendadak, KD pun melahirkan anak luar nikah juga dan terus dipuja. Malah KD lebih popular selepas mengumumkan kandungannya anak luar nikah.

Peminat-peminat menjadi mangsa virus sosial yang dibawa KD. Kita belum terbaca satu pun kritikan terhadap KD, puji-pujian banyaklah. Minta maaflah kerana kita tak nak bersekongkol dengan perosak seperti KD. Tapi ada kalangan artis kita kalau boleh berkepit dengan KD, rasa bangga sampai lupa dunia. Selepas ini bolehlah KD beritahu dunia tentang berkatnya anak luar nikah itu dan kita menerima sambil ternganga.

Tapi apa boleh buat, KD bersin di Timur Leste pun peminat sini dah bagai nak gila simpatinya. Sewajarnya makhluk perosak moral seperti ini diharamkan sama sekali untuk membuat persembahan di negara ini. Tapi saya pasti tak ada pihak yang berani berbuat begitu. Sebaliknya kita hamparkan permaidani merah untuk menyambut KD perosak moral ini. Tak percaya, tengoklah. Kecil tapak tangan, Stadium Nasional Bukit Jalil kita tadahkan.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-56178543466257181732011-09-11T06:44:00.001-07:002011-09-11T06:44:01.739-07:009/11 Jadi Platform Anti-Islam
PLEASE take off your belt, shoe and jacket, Sir (sila tanggalkan tali pinggang, kasut dan jaket)," arah kakitangan keselamatan wanita di dewan berlepas lapangan terbang Atlanta, Georgia pada musim sejuk 2003.

Rombongan media ASEAN yang keletihan, mahu tidak mahu menurut sahaja perintah wanita berketurunan Afrika-Amerika itu (kalau sebut negro, anda adalah rasis!). Hendak dibantah, tiada siapa pun berani. Wanita itu boleh menghalang anda naik pesawat dan lagi parah, menahan anda dalam lokap. Ini kerana dua tahun sebelum itu, satu daripada pesawat yang digunakan dalam serangan 911 di New York, berlepas dari Atlanta.

Cuma yang sinisnya, tindakan kakitangan wanita itu menahan rombongan kami seramai sembilan orang di depan pintu jejambat masuk ke pesawat, adalah lebih kepada panik. Maklumlah profil muka kami 'bukan mat salleh, bukan Blacks, Hispanic tetapi Oriental'. Maka profil wajah Asia adalah layak untuk diperiksa badan bagi kali ketiga di lapangan terbang itu. Mereka tidak peduli penerbangan terbantut sejam daripada jadual asal. Yang penting sembilan muka Asia sudah diperiksa dan disahkan bukan pengganas.

Pemeriksaan sebegini ketat di pintu-pintu masuk dilaporkan menjadi lumrah di AS terutama Pantai Timur sehingga ke hari ini. Malah, sejak beberapa bulan ini, pemeriksaan menjadi lebih ketat kerana bimbangkan serangan balas dendam atas pembunuhan Osama bin Laden, Jun lalu.

Bagi kebanyakan kita yang apolitical atau bukan konservatif, legasi 911 yang menyesakkan nafas bukan sekadar dasar perang Amerika Syarikat terhadap mana-mana negara yang 'tidak bersamanya' tetapi hilangnya erti kebebasan serta kemudahan terutama bila kita melawat AS atau Eropah.

Saya mungkin tergolong dalam kategori 'bernasib baik'. Nama pada pasport adalah nama Arab yang akan mencetuskan isyarat amaran kepada pegawai imigresen Barat, tetapi memiliki wajah iras Chow Yuen Fatt setakat ini, melancarkan proses di kaunter pintu masuk. Mereka mencari wajah Shah Rukh Khan, berjambang, misai, hidung mancung dan berasal dari Asia Barat. Di Newark, wanita Arab di depan saya diarah ke bilik khas pemeriksaan (memang disuruh buka bajulah itu!), sebelum giliran saya dilepas mudah.

Jika proses pemeriksaan yang ketat menjadi amalan walaupun dibidas oleh orang ramai, kerajaan AS terpaksa melakukannya. Inilah harga mahal yang terpaksa dibayar untuk sebuah negara yang menjanjikan kebebasan bagi semua. Maka kita yang mahu masuk AS akan terasa tidak bebas. Malah silap-silap, sepanjang kita di sana pun, akan diekori oleh ejen tertentu. Kenapa? Kerana kita beragama Islam.

Hari ini sebagaimana anda tahu adalah ulang tahun ke-10 serangan yang mengorbankan lebih 2,700 orang di New York, Washington dan pesawat di ruang udara Philadelphia. Sewaktu menulis ini, hati saya bimbang juga. Entah-entah akan ada insiden serangan terbaru berskala besar seumpamanya akan berlaku. Walaupun sasarannya dituju pada AS tapi tempiasnya pasti terkena kita juga.

Perang

Strategi perang Presiden George W. Bush mengheret dunia menyertainya (jika anda tidak bersama kami, maka anda bersama mereka) telah memporak-porandakan sistem dunia. Rakyat AS cenderung untuk melihat daripada perspektif dunia mereka sahaja iaitu mereka telah diserang oleh pengganas, maka mewajarkan mereka untuk berperang membalas dendam. Mereka enggan menerima hujah bahawa al-Qaeda wujud sebagai reaksi penentangan terhadap imperialisme AS yang dilihat menekan umat Islam, terutama di Palestin dan Afghanistan.

Masalahnya al-Qaeda yang diburu bukan entiti tentera konvensional. Mereka berperang secara gerila. Serang dan sembunyi. Benar mereka telah berjaya memburu dan membunuh Osama bin Laden. Itu pun mengambil masa 10 tahun, dan kini hanya mencetuskan api dendam baru bagi penyokongnya di merata dunia.

Seorang sarjana, Anatol Lieven, profesor Pengajian Perang di Kings College London berkata, perang yang dilancarkan oleh Bush itu bukan saja membuktikan kuasa AS sebenarnya terhad tetapi juga meniris kekuatan ekonomi AS kerana terlalu menumpukan pada kos peperangan.

''Ia adalah simbol kepada kerapuhan sistem politik Amerika yang tidak lagi mampu menjana sumber-sumber negara lain daripada perang dan tentera kerana itu sajalah pemimpin politiknya boleh persetujui bersama," katanya.

Menganalisis pernyataan Prof. Lieven ini, ia pantas membawa fikiran menyorot kepada usaha yang dilakukan oleh kerajaan China dan India. Di sebalik memberi tumpuan kepada perbelanjaan ketenteraan, kedua-dua kuasa dunia itu melabur dalam sudut penyelidikan dan pembangunan ketenteraan mereka, selain pendidikan dan teknologi hijau.

Anda pasti pernah membaca laporan daripada AS yang menuduh China menggodam sistem Internet mereka. Itu buktinya. Lihatlah dari sudut keupayaan rejim komunis itu untuk mewujudkan cerdik pandai komputer sebagai tentera siber mereka dalam perang di alam maya. China tidak akan menghantar tentera perang ke Iraq atau Afghanistan (walaupun tidak teragak-agak berbuat demikian di Kepulauan Spratley).

Dari aspek dasar luar negara AS di dunia Islam, jika anda merasakan langkah Presiden Barrack Obama memberi ucapan 'hebat' di Mesir selang beberapa bulan menjadi ketua eksekutif kuasa dunia tersebut sebagai sesuatu yang menenangkan umat Islam berbanding dasar Bush, anda silap. Kulit mungkin berbeza, parti berlainan tetapi dasar luar negara Obama adalah sama. Atas kerana itu, misi membunuh Osama diluluskan oleh Obama, menjelang ulang tahun ke-10 dendam 911 dan kempen pengekalan dirinya bagi penggal kedua sebagai presiden AS tidak lama lagi.

Sumber: Utusan

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-30873780021686978392011-09-11T06:32:00.001-07:002011-09-11T06:32:04.595-07:00Tafsir Mimpi Madu
Mimpi minum madu = Alamat sukses dalam cinta.

Mimpi menjual madu = Anda tetap setia pada cinta anda.

Mimpi melihat madu = Akan memperoleh kebahagiaan.

Mimpi membeli madu = Akan mengkhianati cinta.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-86928087323815849252011-09-11T06:30:00.001-07:002011-09-11T06:30:03.684-07:00Tafsir Mimpi Mayat
Mimpi melihat mayat = Akan mendapatkan suatu keberuntungan.

Mimpi memakan mayat = Akan memperoleh keuntungan yang tidak terduga.

Mimpi menemui mayat = Akan mendapatkan rezeki yang luar biasa.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-7091744926651313962011-09-11T06:25:00.001-07:002011-09-11T06:25:00.299-07:00Tafsir Mimpi Mabuk
Mabuk = Peringatan agar jangan terlalu larut dalam kegembiraan.

Mimpi mabuk kerana minuman keras = Anda harus hati-hati dalam kesihatan.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-38201600356295499952011-09-11T06:22:00.001-07:002011-09-11T06:26:50.039-07:00Tafsir Mimpi Makan
Sedang makan = Sedang kesepian karena ditinggal sesuatu atau seseorang yang disayangi.

Sedang lapar = Perlukan kasih sayang dan perhatian.

Mimpi makan bulan/rembulan = Alamat akan menerima rejeki besar.

Mimpi makan matahari = Alamat akan menemukan keberuntungan.

Mimpi diberi makan = Alamat rejeki murah akan datang pada anda.

Mimpi makan di restoran = Alamat akan mendapat perhatian dari orang lain.

Mimpi minta makan = Alamat rezeki akan seret.

Mimpi makanan tumpah = Alamat malapetaka.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-44435571743791246932011-09-11T06:21:00.001-07:002011-09-11T06:21:31.552-07:00Tafsir Mimpi Makanan
Biskut = masalah-masalah kecil, perpisahan sementara.

Kacang polong = Kemakmuran.

Kacang tanah = Banyak teman.

Makaroni = Biasanya merupakan pertanda buruk.

Kentang goreng = Ada perbaikan dalam kehidupan Anda.

Sayap ayam = Tanda kemakmuran.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-91069158404168432332011-09-11T06:19:00.001-07:002011-09-11T06:19:20.355-07:00Tafsir Mimpi Makanan Burung
Memberi makan burung = Anda akan naik gaji.

Menyebarkan makanan burung di tanah = Bisnes Anda akan bertambah kukuh dan berkembang.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-61372511865410876452011-09-11T06:17:00.001-07:002011-09-11T06:17:29.100-07:00Tafsir Mimpi Mandi
Mandi dengan senang = Hati sedang senang.

Mandi di bawah pancuran deras = Sedang berusaha menyingkirkan beban emosi dalam pikiran.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-14263274174775803842011-09-11T06:16:00.001-07:002011-09-11T06:16:38.301-07:00Tafsir Mimpi Mata
Ada sorot mata memandang tajam = Merasa diawasi seseorang dan takut dinilai buruk oleh orang tersebut.

Menjadi buta = Berusaha melupakan kenangan buruk.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-30426001175280751372011-09-11T06:15:00.001-07:002011-09-11T06:15:34.492-07:00Tafsir Mimpi Matahari
Sinar matahari menerobos perlahan dari balik awan = Cita-cita atau kebenaran yang terkuak sedikit demi sedikit.

Terkena sorotan matahari terik dan menyilaukan = Menghadapi problem yang datang bersamaan dengan kesenangan.

Matahari dan bulan turun ke bumi = Orangtua Anda akan mengalami kesusahan.

Matahari dan bulan bertemu = Anda akan mendapatkan anak.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-62834126969354497012011-09-11T06:13:00.001-07:002011-09-11T06:13:12.249-07:00Tafsir Mimpi Meja
Melihat meja makan = Akan dapat teman-teman baru.

Melihat meja dapur = Perlu ada cara-cara baru dalam menangani usaha.

Menata meja = Akan memasuki masa pernikahan yang bahagia dan sejahtera.

Membersihkan meja = Kebahagiaan yang sedang dialami akan segera berubah menjadi penderitaan.

Melihat meja kosong = Ada kesengsaraan dan kekerasan hidup yang akan Anda hadapi.

Ada tanah melapisi meja = Merasa bersalah atas suatu hal.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-142268768099333152011-09-11T06:12:00.001-07:002011-09-11T06:12:06.390-07:00Tafsir Mimpi Memasak
Memasak atas unggun api = Persoalan yang dihadapi agak ringan.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-22926133758054937002011-09-11T06:10:00.000-07:002011-09-11T06:10:14.427-07:00Tafsir Mimpi Menyelam
Menyelam = Sedang berusaha memahami suatu masalah.

Menyelam di air dingin = Kesehatan Anda akan menurun.

Menyelam di air keruh = Ada keinginan untuk mengasingkan diri dari kehidupan ramai.

Menyelam di air jernih = Akan dapat kenikmatan hidup.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-16730386203490283882011-09-11T06:09:00.001-07:002011-09-11T06:09:26.489-07:00Tafsir Mimpi Mikroskop
Meihat mikroskop = Isyarat agar tidak terlalu membanding-bandingkan milik Anda dengan milik orang lain.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-4940993416270080952011-09-11T06:08:00.002-07:002011-09-11T06:08:53.661-07:00Tafsir Mimpi Dalam Mimpi
Mimpi dalam mimpi = Sedang cemas,gelisah, atau takut; alam bawah sadar memperkuat pesan yang ingin disampaikan ke kita.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-38990833788153954212011-09-11T06:08:00.000-07:002011-09-11T06:08:08.496-07:00Tafsir Mimpi Berganti-ganti
Dalam sekali tidur banyak mimpi muncul berganti-ganti = Sedang kesulitan untuk menentukan langkah masa depan yang tepat.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-60503770725259664602011-09-11T06:06:00.002-07:002011-09-11T06:06:47.465-07:00Tafsir Mimpi Museum
Melihat museum = Peringatan agar tidak tenggelam dalam masalalu.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-85652886736361555902011-09-11T06:06:00.000-07:002011-09-11T06:06:11.457-07:00Tafsir Mimpi Musim
Musim dingin = Pertanda Anda perlu rehat.

Musim gugur = Peringatan agar tidak menunda pekerjaan.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5168331752077079307.post-42390389884875925952011-09-11T05:59:00.000-07:002011-09-11T05:59:51.625-07:00Tafsir Mimpi Bertemu Nabi
Mimpi Bertemu nabi = Alamat suatu kebahagiaan.

Mimpi melihat nabi berbicara = Suatu alamat yang betul-betul akan menggembirakan.

Mimpi melihat nabi memberi petua = Rezeki besar.

Adminhttp://www.blogger.com/profile/08417496888828826795noreply@blogger.com0